Penjagaan Penglihatan yang Paling Tulen

Di Malayan Optometry, kami menyediakan pasukan yang pakar dan berdedikasi dalam memberi khidmat pengalaman penjagaan mata yang ekslusif bersesuaian dengan keperluan mata anda.

Tahukah anda bahawa adalah disarankan untuk setiap individu melakukan ujian mata menyeluruh sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. Anda juga boleh melakukan saringan kesihatan mata dengan lebih kerap terutamanya jika anda merasakan sebarang perubahan dan ketidakselesaan pada penglihatan anda.

Dengan hanya 20 minit, pakar optometri profesional kami akan dapat memberikan nasihat mengenai kesihatan mata anda secara komprehensif seperti memantau keadaan okular dan retina anda serta mengesan sebarang simptom awal untuk langkah berjaga-jaga seperti mata kering, pterigium, atau katarak.

Malayan Optometry mengutamakan kesihatan dan keselesaan penglihatan mata anda. Dengan membuat temujanji bersama kami anda telah mengambil langkah pertama dalam mendapatkan pandangan khusus dan penjagaan mata terbaik.

Kami bersedia untuk berkhidmat kepada anda dan membantu anda mencapai penglihatan yang jelas, selesa, dan bergaya.

Buat temujanji anda sekarang dan lihat dunia dengan jelas dan penuh keyakinan!

Alamat: Lot EG29, Ground Floor, IOI Mall, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.
Waktu Operasi: 10AM – 10PM

In Eye Care, we Care More.

book an appointment